Wajik adalah salah satu manisan yang terkenal di Negeri Sembilan selain dari pengganan (dodol). Wajik ini diperbuat dari pulut,santan, gulu kabung, gula putih dan daun pandan. Setelah masak wajik akan berwarna keperangan kerana telah diletakkan gula kabung. Daun pandan berfungsi untuk menaikkan lagi aromanya. Wajik ini selalu dihidangkan dalam majlis-majlis keramaian serta sambutan Hari Raya. Pada kebiasaannya, wajik ini dimasak secara bergotong-royong atau beramai-ramai. Begitu juga dengan masyarakat di Kampung Bayai Lama yang akan memasak secara rewang wajik ini dalam majlis keramaian.
Antara bahan-bahan untuk membuat wajik
Permulaan dalam proses membuat wajik
Setelah dimasukkan pulut kedalam air gula
Wajik yang sedia untuk dihidangkan