Sejarah Kampung Bayai Lama
JKKK GDW Kampung Bayai Lama telah membuat kajian dan siasatan berkenaan sejarah asal-usul kampung ini. Nama kampung ini diberikan oleh sekumpulan orang asli. Mereka memberikan nama Datok mereka iaitu ‘BAYAN’. Tidak lama selepas itu, satu rombongan dari Tengkek dan Terentang telah masuk ke kampung ini yang diketuai oleh Datok Lingkung dan Pawang Ghonyeh. Mereka ini telah mengusir kaum asli tersebut dari kampung itu. Untuk menghilangkan identiti orang asli yang mendiami kampung itu sebelumnya, rombongan tersebut telah menukar nama ‘BAYAN’ kepada ‘BAYAI’. JKKK Kampung Bayai Lama dapati tidak tercatat tarikh peristiwa tersebut berlaku di mana-mana bukti sejarah.