Scammer semakin licik, dan warga emas sering menjadi sasaran.
Baru-baru ini, seorang wanita warga emas mengalami kerugian sebanyak RM457,607 selepas diperdaya sindiket phone scam yang menyamar sebagai pegawai MCMC serta polis.
Mangsa berusia 69 tahun itu, yang juga seorang pengarah syarikat di Pulau Pinang, telah tampil membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan.
Kes ini mencerminkan ancaman penipuan dalam talian yang semakin membimbangkan. Sepanjang tempoh Januari 2022 hingga 28 Februari 2026, sebanyak 203,733 kandungan penipuan, termasuk akaun palsu dan penyamaran, telah dipohon untuk diturunkan.
