mcmc
JKKK

Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia

Pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bayai Lama telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62.

Sambutan ini telah didahului dengan majlis bacaan Yaasin dan tahlil untuk pejuang kemerdekaan yang telah diadakan pada 29 Ogos 2019 (Khamis) di Masjid Kariah Kampung Bayai Lama.

Setelah itu, sambutan di teruskan lagi pada 2 September 2019 (Isnin) dengan pelbagai aktiviti sukaneka untuk semua lapisan umur. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Penyelaras Dun Serting, Tuan Haji Rahman.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan sambutan ini. Moga semangat cinta akan negara sentiasa terpahat dalam hati setiap dari kita.