Seperti tahun-tahun sebelumya, JKKK Kampung Bayai Lama telah mengadakan Program Ziarah Aidilfitri. Untuk tahun ini, program tersebut telah mengambil masa selama enam malam berturut-turut untuk mengunjungi semua rumah di Kampung Bayai Lama. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tuan rumah yang sudi menerima kunjungan dan menjamu seisi kampung. Semoga perpaduan serta keharmonian ini akan berpanjangan. Semoga kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan dan Syawal akan datang.