Program yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) iaitu Program Moh Ngeteh Merdeka telah disambut baik oleh JKKK Kampung Bayai Lama. Program ini telah dijalankan serentak di seluruh Malaysia pada 11 September 2017 (Isnin) bermula pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
Program ini telah dihadiri oleh seluruh penduduk kampung. ADUN kawasan Serting, Datuk Shamsulkahar Md Deli juga turut hadir.
Program ini turut dihadiri oleh murid Pra-Sekolah Sekolah Kebangsaan Serting Ulu.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan Program Moh Ngeteh Merdeka ini secara lansung atau tidak langsung. Marilah kita meningkatkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat bagi mengekalkan kemerdekaan dan keamanan negara Malaysia.