Makanan Tradisional (Bahulu Paneh)
Perusahaan Bahulu Paneh ini telah diusahakan oleh Perkumpulan Wanita Kampung Bayai Lama yang diketuai oleh Puan Maimon Manat sebagai Biro Wanita JKKK Kampung Bayai Lama. Pembuatan kuih bahulu ini telah dilakukan di Bengkel Wanita Kampung Bayai Lama yang berdekatan dengan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Bayai Lama serta Balairaya Kampung Bayai Lama. Harga produk ini adalah mengikut jumlah biji serta cara dan jenis pembungkusan yang diinginkan oleh pembeli. Harga untuk 50 biji bahulu ialah RM13.00.
Jika berminat untuk mendapatkan Bahulu Paneh ini, boleh berhubung dengan Puan Maimon di talian 017-3507498.
Sekitar proses pembuatan Bahulu Paneh di Bengkel Wanita Kampung Bayai Lama