mcmc
Persatuan Wanita

PERTANDINGAN MASAKAN

Sempena Mesyuarat Agung Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Kampung Bayai Lama Kali Ke-18 pada 26 Mac 2017, pertandingan masakan telah dijalankan untuk mencari pemenang dan pemenang tersebut akan mewakili WI Kampung Bayai Lama untuk bertanding di peringkat daerah.

Antara masakan yang dipertandingkan ialah kek labu dan juga serunding ikan. Pertandingan ini telah dijalankan di Balairaya Kampung Bayai Lama dan diadili oleh Penasihat PPP (WI) Kampung Bayai Lama dan Pengerusi PPP (WI) Daerah Jempol.