Pada 1 Oktober 2017 (Ahad), satu perjumpaan bersama pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol bersama JKKK Kampung Bayai Lama. Perjumpaan ini telah diadakan pada malam hari di Balairaya Kampung Bayai Lama. Pegawai yang terlibat bersama dalam perjumpaan ini ialah ASP Mohd Ridhwan, Ins. Norsafiah dan L/K Khairul. Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai keselamatan kampung. Pelbagai isu dan cadangan telah dikemukakan bagi menjamin keselamatan dan keamanan kampung.