Setelah para wanita Kampung Bayai Lama menghadiri mesyuarat mingguan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), mereka dapat membuat pemeriksaan secara percuma dengan adanya klinik bergerak. Klinik kesihatan bergerak ini akan datang ke Balairaya Kampung Bayai Lama untuk membuat pemeriksaan berkala kepada para wanita. Ubat-ubatan juga turut disediakan.
Perkhidmatan yang diberikan oleh klinik kesihatan bergerak ini adala seperti pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan kandungan gula dalam darah dan khidmat nasihat yang diberikan oleh pegawai perubatan.