Assalamualaikum dan Salam Sejahera,
Sukacita dimaklumkan bahawa di bawah Program NADI Mahir, kami akan mengadakan program khas secara berkala iaitu Mahir Short Learning Series (SLS) yang merupakan “Pembelajaran Singkat/One Time Learning” bagi komuniti yang berminat untuk menyertai NADI Mahir. Kelas ini akan diadakan secara langsung bersiaran dari Studio NADI Mahir. Penyertaan terbuka kepada semua ahli NADI dan setiap NADI boleh menghantar seberapa ramai peserta.
Untuk siri ketiga Mahir Short Learning Series (SLS) pada bulan Mei 2025 ini, pihak Mahir akan mengadakan kelas Mahir Foto : Suntingan Gambar (VSCO Filter)
Tarikh: Khamis, 29 Mei 2025
Masa: 10.00 pagi – 11.30 pagi
Platform: Live dari Studio NADI Mahir
Pendaftaran: Dibuka mulai 22 Mei 2025 dan akan ditutup pada 29 Mei 2025
Link: https://www.youtube.com/live/-mAdc1CIyK8
