Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelma tidak lama lagi, Persatuan Wanita Kampung Bayai Lama bersama JKKK Kampung Bayai Lama telah membuat program “Melomang” bersama-sama dengan penduduk Kampung Bayai Lama.
Aktiviti ini turut disertai oleh anak-anak angkat pelajar dari UITM Seremban 3. Program “Melomang” ini telah diadakan pada 21 Mei 2017 (Ahad) di Bengkel IKS Kampung Bayai Lama. Semua penduduk kampung serta anak-anak angkat telah memberi kerjasama yang padu sehinggalah selesai program ini.
Bak kata orang dulu-dulu, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Dengan kerjasama yang jitu, perkara yang susah dapat diselesaikan dengan mudah.
Bersama-sama membuat tempat untuk membakar lemang
Memotong buluh untuk dimasukkan beras pulut didalamnya
Memasukkan daun pisang kedalam buluh sebelum dimasukkan beras pulut
Memasukkan beras pulut yang dicampur bersama santan kedalam buluh
Lemang yang sedang dibakar