Assalamualaikum dan selamat datang ke Portal Rasmi Pusat Internet (PI) Kampung Bayai Lama, Negeri Sembilan
PI ialah singkatan kepada “PUSAT INTERNET”. PI merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah projek kerajaan iaitu Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi, antaranya syarikat Telekom Malaysia (TM)dengan memfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar.
Objektif penubuhan PI adalah untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan jalur Lebar Kebangsaan dengan memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan. Selain itu, penubuhan PI adalah untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Menyedari jurang perbezaan itu, PI berusaha memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet agar masyarakat luar bandar dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI.
PI menawarkan latihan ICT (Information and Communication Technology) secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli PI. Selain itu, PI juga menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar,printing,scanning,fotostat,laminate,binding dan zon internet tanpa wayar. PI turut menawarkan latihan seperti pengenalan asas komputer, asas internet, aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-dagang,e-pembelajaran),desktop publishing ( Microsoft office) dan sebagainya.
Selain itu, pelbagai kemudahan turut disediakan seperti pembayaran bil-bil semasa melalui online, melakukan urusan jual beli secara atas talian,mendapatkan pelbagai maklumat am, mengiklankan produk jualan dan perkhidmatan secara atas talian serta menggunakan sistem penyampaian kerajaan untuk membuat aduan atau cadangan.
OBJEKTIF PENUBUHAN PUSAT INTERNET
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan pelan Jalur Lebar Kebangsaan
- Memberi Kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet
- Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet
SENARAI PERKHIDMATAN PUSAT INTERNET
- Fotokopi / Photostat
- Pencetak / Print
- Pengimbas / Scan
- Laminate
- Binding
WAKTU OPERASI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA
- 9.00 pagi – 6.00 petang (setiap hari)
- Rehat (1.00 petang 2.00 petang) untuk hari Sabtu – Khamis
- Rehat (12.30 tengahari – 2.30 petang) untuk hari Jumaat
- Cuti umum (tutup)
PETUGAS PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KAMPUNG BAYAI LAMA
- Pengurus – Cik Noor Afiqah binti Mohd Rais
- Penolong Pengurus – Cik Nur Fatin Anisah binti Anis
JADUAL BERTUGAS
- Isnin & Selasa – Penolong Pengurus
- Rabu & Khamis – Pengurus
- Jummat, Sabtu & Ahad – Pengurus & Penolong Pengurus
HUBUNGI KAMI
- Alamat – Pusat Internet Kg Bayai Lama, Bangunan Koperasi Koperasi Kg Bayai Lama, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan
- Email – kgbayailama@pi1m.com.my
- Portal – kgbayailama.pi1m.my
- Facebook – Pusat Internet Kg Bayai Lama