Pelbagai makanan yang terkenal di Negeri Sembilan. Seperti yang kita ketahui, Negeri Sembilan dengan cili api memang tidak dapat dipisahkan. Oleh yang demikian, rata-rata masyarakat sangat menggemari masakan lauk lemak cili api. Tidak kira ayam, ikan atau daging. Semuanya boleh dimasak lemak cili api. Kepedasan hidangan itu bergantung kepada seseorang itu. Kadang-kadang ada individu yang sangat menggemari pedas akan menghidangkan lauk lemak cili api yang sangat pedas. Selain itu, dalam lauk lemak cili api itu, masyarakat Negeri Sembilan juga suka mencampurkan sesuatu untuk menambahkan lagi rasanya. Seperti contoh dengan menambah mangga, kulit rambai atau bacang kedalam gulai lemak cili api untuk menambahkan rasa masam dalam masakan. Selain itu, ada juga yang menambah pucuk ubi sebagai sayuran dalam hidangan. Pelbagai inovasi boleh dilakukan dalam menghidangkan lemak cili api.
Masyarakat Negeri Sembilan bukan sahaja menyukai masakan yang pedas, malah manisan atau makanan yang manis juga turut menjadi salah satu daripada makanan yang digemari oleh orang negeri. Antaranya ialah dodol, wajik, kesirat dan bahulu.