Lemang atau lebih dikenali sebagai “Lomang” dalam kalangan masyarakat Negeri Sembilan. Lemang adalah salah satu makanan yang terkenal di Negeri Sembilan dan boleh didapati sepanjang tahun tetapi lebih diinginkan pada musim-musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha.
Lemang diperbuat dari beras pulut dan santan dan dimasukkan kedalam buluh serta dibalut bersama daun pisang. Kaedah untuk memasak lemang ialah dengan membakarnya.
Lemang selaluya dimakan bersama rendang atau serunding.