Laporan Mei 2019 (3) – Program Ihya Ramadhan
|
Tarikh : 17 Mei 2019 ( Jumaat ) Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari Lokasi : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg Bayai Lama Peserta : 6 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada murid Tadika KEMAS Kampung Bayai untuk menghayati bulan Ramadhan dengan mengetahui apa itu puasa, perkara yang membatalkan puasa, niat puasa serta doa berbuka puasa melalui video-video serta slide Power Point.
Aktiviti
Peserta diterangkan tentang maksud puasa, perkara yang membatalkan puasa. Setelah itu, peserta ditayangkan dengan video “Niat Puasa”. Peserta juga telah membaca niat puasa. Disamping itu, peserta ditayangkan video “Doa Berbuka Puasa” dan peserta juga diminta untuk membacanya.