Kumpulan berzanji yang terdiri daripada penduduk Kampung Bayai Lama dan Kampung Bayai Baru telah mendapat tempahan dari pelbagai tempat untuk majlis berandoi.
Kumpulan ini terdiri daripada kaum wanita Kampung Bayai Lama dan Baru.
Latihan berzanji diadakan sebanyak dua kali sebulan dan latihan akan diperbanyakkan lagi jika terdapat undangan yang terdekat.
Untuk undangan, boleh menghubungi Puan Maimon binti Manat ( 017-3507498).