Klinik bergerak dari Klinik Kesihatan Jempol menjalankan rutin bulanannya dengan menjalankan pemeriksaan kesihatan bagi penduduk Kampung Bayai Lama pada 5 Mac 2018 bersamaan hari Isnin. Penduduk kampung yang ratanya suri rumah sepenuh masa serta warga tua telah datang untuk pemeriksaan kesihatan tersebut. Pegawai perubatan serta jururawat telah menjalankan pemeriksaan serta pemberian khidmat nasihat dan juga pemberian ubat-ubatan kepada mereka yang dikehendaki.