mcmc
JKKK

Khidmat Masyarakat Pelajar MRSM Serting

Pada 1 Mac 2018, seramai 40 orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting telah menjalankan aktiviti khidmat masyarakat di Kampung Bayai Lama. Mereka telah membersihkan dalam serta luar Masjid Kariah Kampung Bayai Lama serta telah mengambil inisiatif untuk mengecat pagar masjid tersebut. Terima kasih diucapkan kepada pelajar yang terlibat. Pihak JKKK Kampung Bayai Lama dan Masjid Kariah Kampung Bayai Lama sangat berbangga dengan pelajar-pelajar ini. Setelah selesai aktiviti khidmat masyarakat ini, pelajar serta guru telah dihidangkan dengan makan tengahari yang disediakan khas oleh penduduk kampung. Setelah solat Zohor, majlis perasmian penutup telah dilaksanakan oleh Ketua Kampung Bayai Lama, Tuan Haji Ali bin Yusup.