mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Puan Zabedah bt Amsah

Usahawan Kecil Kuih Tradisional

Nama    : Puan Zabedah binti Amsah

Umur    : 53 tahun

Ahli       : 2017

 

Latar belakang

Beliau adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Dengan pendapatan suaminya sebagai seorang penoreh, tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian serta membiayai pendidikan anak-anak. Oleh yang demikian, Puan Zabedah mengambil keputusan untuk menjual kuih tradisional.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Perniagaan Puan Zabedah hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kenalan sahaja. Permintaan terhadap kuih tradisional terhad kepada mereka yang mengenali Puan Zabedah sahaja. Selain itu, Puan Zabedah juga hanya menjual kuih bahulu sahaja. Pendapatan beliau hanya antara RM200- RM500 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau dapat mengembangkan lagi perniagaannya. Permintaan terhadap kuih tradisional juga telah meluas. Hal ini adalah kerana, promosi yang gitu telah dilakukan oleh Puan Zabedah di media sosial. Maka, permintaan terhadap kuih tradisional Puan Zabedah juga meluas hingga ke seluruh negara. Selain daripada itu, Puan Zabedah juga telah menginovasi kuih bahulunya serta menambah lagi jenis kuih tradisional yang dijualnya. Antaranya kuih bunga ros, muruku, kuih karas dan lain-lain lagi. Hal ini adalah kerana, Puan Zabedah dapat mengembangkan lagi idea dalam perniagaan kuih tradisional ini dengan membuat rujukan di PI1M iaitu dengan melihat tutorial serta membaca artikel dari pelbagai sumber. Jadi, pendapatan beliau telah meningkat ke RM1000- RM1500 sebulan.