mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Puan Massarah binti Musa

Usahawan Produk Kecantikan & Fesyen

Nama    : Puan Massarah binti Musa

Umur    : 33 tahun

Ahli       : 2017

 

Latar belakang

Puan Massarah merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau mempunyai 3 orang cahaya mata yang berusia diantara 14 tahun hingga 4 tahun. Suami beliau bekerja sebagai buruh di ladang kelapa sawit milik bapanya. Situasi ini telah menyebabkan beliau berusaha lebih untuk mencari nafkah bagi meringankan beban suaminya dan tercetuslah idea untuk melibatkan diri di dalam dunia perniagaan online. Sebelum ini, beliau mula berjinak-jinak di dalam bidang penjualan barang kecantikan bagi memenuhi hobinya sahaja. Beliau memulakan perniagaan sejak setahun yang lalu. Sebelum ini, beliau tidak tahu untuk mempromosikan perniagaan menjual produknya secara dalam talian (online). Beliau hanya menjual secara kecil-kecilan seperti jualan rumah ke rumah dan menjual di kedai runcit yang berdekatan. Situasi tersebut menyebabkan pendapatan beliau juga tidak menentu dan sangat sedikit untuk menampung perbelanjaan suami beliau bagi menyara mereka sekeluarga. Atas desakkan keluarga dan faktor ekonomi, beliau harus meluaskan perniagaannya yang memerlukan beliau untuk mempromosikan jualannya di pasar malam atau di pasar tani bagi memperkenalkan produk beliau kepada orang ramai. Walaupun begitu, pendapatan perniagaannya tetap sama. Tambahan pula, beliau juga kurang mahir untuk mempromosikan produk beliau dimedia sosial selain faktor capaian internet yang kurang baik merupakan salah satu sebab beliau sukar untuk mempromosikan perniagaan bagi menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas dan latihan ICT di Pusat Internet Kampung Bayai Lama, beliau terpaksa pergi ke cyber café yang terletak di pekan Batu Kikir. Jarak pekan tersebut dari rumah beliau adalah sejauh 18 kilometer. Ditambah pula dengan ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam telah menyukarkan beliau untuk pergi ke pekan tersebut. Terdapat dua buah cyber café sahaja di pekan tersebut dan beliau juga terpaksa bersaing untuk menggunakan komputer yang disediakan bersama-sama pengguna yang lain kerana jumlah komputer yang disediakan adalah terhad. Selain itu, suasana cyber café tersebut sangat bising dan diselubungi asap rokok dan amat tidak sesuai untuk belajar. Selain itu, petugas di cyber café tersebut juga tidak mesra untuk membantu permasalahan yang dihadapi oleh pengguna. Tambahan pula, cas perkhidmatan yang dikenakan juga sangat mahal dan keterlaluan. Hal ini amat menyukarkan beliau terutamanya untuk membuat kertas kerja dan mempromosikan produk beliau di media ssial. Beliau juga terpaksa menghadapi semua itu sebelum adanya Pusat Internet di Kampung Bayai Lama ini.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Dengan penubuhan Pusat Internet Kampung Bayai Lama, segalanya berubah. Selepas mendaftar sebagai ahli, beliau dapat menggunakan perkhidmatan internet secara percuma 1/2 jam sehari dan RM 1 pada jam-jam berikutnya telah memberikan sinar baru kepada beliau. Situasi ini tidak lagi membebankan beliau kerana cas perkhidmatan yang berpatutan dapat menjimatkan wang. Beliau juga telah menghadiri pelbagai kelas dan latihan ICT yang telah dijalankan di Pusat Internet ini. Banyak pengetahuan baru yang dapat beliau aplikasikan dalam kehidupan sehariannya terutamanya dalam beliau menjual dan memasarkan produk beliau. Beliau telah mempelajari Microsoft Office word, Power Point dan Excel. Selain itu, beliau juga telah diajar bagaimana ingin memuat turun (download) borang-borang yang diperlukan. Beliau juga telah diajar untuk menjual dan mempromosikaan perniagaan di media sosial dengan cara yang betul. Selain itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard di mana beliau dapat mengetahui pelbagai aplikasi dan mengaplikasikannya dengan cara yang betul. Situasi ini telah memudahkan beliau untuk membuat pengumuman penting selain menggunakan telefon bimbit. Selain itu, petugas di PI ini sangat membantu dan membimbing beliau semasa menerima latihan di PI. Kini, pendapatan beliau turut meninggkat dari RM100.00 hingga ke RM500.00 sebulan. Semuanya berubah dengan adanya pengetahuan ICT kerana maklumat dapat diakses hanya dihujung jari.