mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Puan Maimon

Usahawan Kuih Dan Biskut Raya

Nama    : Puan Maimon binti Manat

Umur    : 57 tahun

Ahli       : 2016

 

Latar belakang

Puan Maimon merupakan seorang suri rumah sepenuh masa sebelum berkecimpung di dalam industry perusahaan kecil ini. Sebelum ini, beliau mula membuat kuih tradisional seperti kuih bahulu dan kuih ros secara kecil-kecilan atas permintaan penduduk kampungnya sahaja. Kini, beliau telah melebarkan sayap perniagaannya dengan menjual kuih raya seperti kuih tart nenas, kuih popia simpul, kuih semprit dan pelbagai lagi bagi menambahkan pendapatan beliau. Oleh hal yang demikian, beliau perlu mencari pasaran bagi mengekalkan dan meningkatkan perniagaannya. Di dalam arus ekonomi yang kian mencabar ini, pelbagai maklumat tambahan perlu dicari bagi meningkatkan pendapatannya. Selain itu, beliau juga banyak membuat kertas kerja dan mengisi borang secara online bagi memohon bantuan untuk produknya. Antaranya laman sesawang Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia bagi memohon bantuan. Justeru,  pengetahuan ICT sangat perlu bagi memudahkan beliau berurusan dengan jabatan kerajaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas dan latihan ICT di Pusat Internet Kampung Bayai Lama, beliau terpaksa pergi ke cyber café yang terletak di pekan Batu Kikir. Jarak pekan tersebut dari rumah beliau adalah sejauh 18 kilometer. Ditambah pula dengan ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam telah menyukarkan beliau untuk pergi ke pekan tersebut. Terdapat dua buah cyber café sahaja di pekan tersebut dan beliau juga terpaksa bersaing untuk menggunakan komputer yang disediakan bersama-sama pengguna yang lain kerana jumlah komputer yang disediakan adalah terhad. Selain itu, suasana cyber café tersebut sangat bising dan diselubungi asap rokok dan amat tidak sesuai untuk belajar. Selain itu, petugas di cyber café tersebut juga tidak mesra untuk membantu permasalahan yang dihadapi oleh pengguna. Tambahan pula, cas perkhidmatan yang dikenakan juga sangat mahal dan keterlaluan. Hal ini amat menyukarkan beliau terutamanya untuk membuat kertas kerja. Beliau juga terpaksa menghadapi semua itu sebelum adanya Pusat Internet di Kampung Bayai Lama ini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penubuhan Pusat Internet  Kampung Bayai Lama, segalanya berubah. Selepas mendaftar sebagai ahli, beliau dapat menggunakan perkhidmatan internet secara percuma 1/2 jam sehari dan RM 1 pada jam-jam berikutnya telah memberikan sinar baru kepada beliau. Situasi ini tidak lagi membebankan beliau kerana cas perkhidmatan yang berpatutan dapat menjimatkan wang. Beliau juga telah menghadiri pelbagai kelas dan latihan ICT yang telah dijalankan di Pusat Internet ini. Banyak pengetahuan baru yang dapat beliau aplikasikan dalam kehidupan sehariannya terutamanya dalam beliau menyiapkan kertas kerja dan bantuan daripada pelbagai jabatan kerajaan. Beliau telah mempelajari Microsoft Office word, Power Point dan Excel. Selain itu, beliau juga telah diajar bagaimana ingin memuat turun (download) borang-borang yang diperlukan. Beliau juga telah diajar untuk menjual dan mempromosikaan perniagaan di media sosial dengan cara yang betul. Selain itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard di mana beliau dapat mengetahui pelbagai aplikasi dan mengaplikasikannya dengan cara yang betul. Situasi ini telah memudahkan beliau untuk membuat pengumuman penting selain menggunakan telefon bimbit. Selain itu, petugas di PI ini sangat membantu dan membimbing beliau semasa menerima latihan di PI. Kini, pendapatan beliau turut meninggkat dari RM 500.00 hingga ke RM 1 000.00 sebulan. Semuanya berubah dengan adanya pengetahuan ICT kerana maklumat dapat diakses hanya dihujung jari. Jelaslah dengan adanya pusat internet ini dapat membantu meningkatkan pendapatan usahawan tempatan.