mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pastri Puan Suria

Usahawan Kek dan Pastri

Nama    : Puan Suria binti Mohd Noor

Umur    : 41 tahun

Ahli       : 2016

 

Latar belakang

 

Puan Suria merupakan ibu tunggal dan suri rumah sepenuh masa. Beliau mempunyai 6 orang cahaya mata yang berusia 21 tahun hingga 2 tahun. Beliau sudah setahun menjadi ibu tunggal. Situasi ini telah menyebabkan beliau berusaha mencari nafkah untuk membesarkan anak-anak beliau dan tercetuslah idea  untuk melibatkan diri di dalam dunia perniagaan online. Sebelum ini, beliau mula berjinak-jinak di dalam bidang pembuatan pastri bagi memenuhi hobinya sahaja. Beliau banyak mempelajari asas-asas pembuatan pastri hanya di dalam majalah-majalah masakan. Beliau memulakan perniagaan sejak setahun yang lalu. Sebelum ini, beliau tidak tahu untuk mempromosikan perniagaan menjual pastri secara dalam talian (online). Beliau hanya menjual secara kecil-kecilan seperti jualan rumah ke rumah dan menjual di warung yang berdekatan. Situasi tersebut menyebabkan pendapatan beliau juga tidak menentu dan sangat sedikit untuk menampung perbelanjaan anak-anak beliau yang masih belajar. Atas desakkan keluarga dan faktor ekonomi, beliau harus meluaskan perniagaannya yang memerlukan beliau untuk mempromosikan pastri beliau di pasar malam atau di pasar tani bagi memperkenal pastri buatan beliau kepada orang ramai. Walaupun begitu, pendapatan perniagaannya tetap sama. Tambahan pula, beliau juga kurang mahir untuk mempromosikan produk beliau dimedia sosial selain faktor capaian internet yang kurang baik merupakan salah satu sebab beliau sukar untuk mempromosikan perniagaan bagi menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat kini.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

 

Sebelum adanya Pusat Internet 1Malaysia Kampung Bayai Lama, Puan Suria menghadap pelbagai masalah. Hal ini adalah kerana, Kampung Bayai Baru tidak mempunyai capaian internet yang baik dan ianya menghalang daripada beliau mempromosikan perniagaan ini kepada orang luar. Baliau juga sukar mendapatkan resepi pastri yang terkini yang menjadi kegilaan para pelanggan.

 

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

 

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia Kampung Bayai Lama, beliau kini boleh mengiklankan produknya di dalam laman media sosial seperti Facebook, Instagram, dan aplikasi Whatsapps.  Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info dan harga terkini mengenai produk pastrinya melalui iklan yang dimuat naik oleh beliau di dalam laman sosial. Kini, penghasilan pasrti beliau lebih kreatif dan menarik kerana dapat pendedahan secara menyeluruh cara pembuatan pastri dengan betul dan sedap. Beliau juga membeli barangan secara langsung dengan pemborong dan ini memberikan keuntungan berlipat kali ganda kepada beliau. Secara tidak langsung pendapatan bulanan beliau kini meningkat sedikit demi sedikit iaitu antara RM400-RM900. Kini, beliau juga boleh menampung perbelanjaan mereka sekeluarga dengan ilmu yang dipelajari di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Bayai Lama.