Usahawan Ternakan Udang Galah
Nama : Encik Muhammad Ridhuan bin Abu Bakar Umur : 29 tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Encik Ridhuan merupakan seorang belia kampung yang berwawasan. Beliau merupakan anak ke empat daripada enam orang adik beradik. Beliau juga telah berkahwin dan belum mempunyai anak. Semasa beliau sekolah rendah, bapanya telah meninggal dan segala tanggungan dipikul oleh ibu beliau. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya telah membuat 20 buah kolam ikan dan udang bagi menyara keluarga. Kini, beliau telah mengambil alih perniagaan tersebut dan bertindak sebagai ketua keluarga. Dahulunya, beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batu Kikir (Model Khas) dan tiada latar belakang pendidikan bidang penternakan. Atas desakkan keluarga dan faktor ekonomi, beliau harus meluaskan perniagaannya yang memerlukan beliau untuk berniaga di pasar tani dan di pasar malam. Walaupun begitu, pendapatan perniagaannya tetap sama. Situasi beliau yang kurang mahir juga membuatkan beliau sukar untuk mempromosikan barangannya di media sosial dan faktor capaian internet yang kurang baik juga merupakan salah satu faktor beliau sukar untuk mempromosikan perniagaan. Harga pasaran udang galah yang mahal dan tidak menentu serta faktor kuasa beli pelanggan juga merupakan penyebabkan perniagaannya kurang baik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum adanya Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Bayai Lama, Encik Riduan menghadapi pelbagai masalah. Hal ini adalah kerana, Kampung Bayai Lama tidak mempunyai capaian internet yang baik dan ianya menghalang daripada mempromosikan perniagaan ini kepada orang luar. Beliau juga sukar mendapatkan pembeli udang galah segar tanpa melalui orang tengah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet 1Malaysia Kampung Bayai Lama, beliau kini boleh mengiklankan dan mencari pembeli dan pemborong bagi ternakan udang galahnya di dalam laman media sosial seperti Facebook dan aplikasi Whatsapps. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info terkini mengenai perkhidmatan penjualan udang galahnya melalui iklan yang dimuat naik oleh beliau di dalam laman sosial. Secara tidak langsung pendapatan bulanan beliau kini meningkat sedikit demi sedikit iaitu antara RM8000-RM10000. Kini, taraf kehidupan En. Ridhuan telah meningkat dengan adanya Pusat Internet 1Malaysia Kampung Bayai Lama.