Usahawan Kecil Minyak Wangi
Nama : Encik Hakiman bin Moh Nor Umur : 36 tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Encik Hakiman merupakan seorang belia kampung yang berwawasan. Beliau merupakan anak ke dua daripada empat orang adik beradik. Beliau juga telah berkahwin dan telah mempunyai dua orang anak. Isteri beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Kini beliau bekerja sebagai penyelia asrama di salah sebuah sekolah di daerah Inas, Negeri Sembilan. Beliau juga merupakan pemegang sijil rekabentuk produk di Politeknik. Atas desakan keluarga dan faktor ekonomi, beliau harus mencari kerja sambilan untuk menyara perbelanjaan beliau sekeluarga. Dahulunya beliau menjual kad prabayar tetapi kurang mendapat untung yang banyak. Kini beliau cuba untuk menjual minyak wangi dengan harga yang mampu milik di rumahnya. Walaupun begitu, pendapatan perniagaannya tetap sama. Situasi beliau yang kurang mahir juga membuatkan beliau sukar untuk mempromosikan barangannya di media sosial dan faktor capaian internet yang kurang baik juga merupakan salah satu faktor beliau sukar untuk mempromosikan perniagaan. Persaingan minyak wangi beliau dengan jenama yang besar dan kurangnya publisiti juga merupakan penyebabkan perniagaannya kurang baik.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum adanya Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Bayai Lama, Encik Hakiman menghadapi pelbagai masalah. Hal ini adalah kerana, Kampung Bayai Lama tidak mempunyai capaian internet yang baik dan ianya menghalang daripada mempromosikan perniagaan ini kepada orang luar. Beliau juga sukar mendapatkan maklumbalas dan kehendak terkini daripada pengguna mengenai bauan terkini daripada pengguna.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet 1Malaysia Kampung Bayai Lama, beliau kini boleh mengiklankan dan mencari pembeli dan pemborong bagi minyak wanginya di dalam laman media sosial seperti Facebook, instagram, dashboard komuniti dan aplikasi Whatsapps. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info terkini mengenai perkhidmatan dan bauan terkini minyak wangi melalui iklan yang dimuat naik oleh beliau di dalam laman sosial. Secara tidak langsung pendapatan bulanan beliau kini meningkat sedikit demi sedikit iaitu antara RM300-RM500. Kini, taraf kehidupan En. Hakiman telah meningkat dengan adanya Pusat Internet 1Malaysia Kampung Bayai Lama.