mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Encik Ahmad Kamal

Usahawan Sejuk Beku (Kambing Perap)

Nama    : Encik Ahmad Kamal bin Md Noor

Umur    : 53 tahun

Ahli       : 2017

 

Latar belakang

Encik Ahmad Kamal Bin Md Nor merupakan seorang usahawan yang berniaga secara kecil-kecilan selepas bersara di salah sebuah syarikat swasta. Bagi menambahkan lagi pendapatannya, beliau mula berjinak-jinak meceburi perniagaan sejuk beku iaitu dengan menjual perapan daging kambing (lamb chop). Situasi ini telah menyebabkan beliau perlu berusaha lebih untuk meluaskan perniagaanya dan tercetuslah idea untuk melibatkan diri di dalam dunia perniagaan online. Beliau memulakan perniagaan sejak empat tahun yang lalu. Sebelum ini, beliau kurang mahir untuk mempromosikan perniagaannya secara dalam talian (online). Beliau hanya membuat jualan secara kecil-kecilan seperti di sekitar kampung dan pasar tani sahaja. Situasi tersebut menyebabkan pendapatan beliau juga tidak menentu dan sangat sedikit untuk menampung perbelanjaan keluarga beliau. Atas desakkan keluarga dan faktor ekonomi, beliau harus meluaskan perniagaannya yang memerlukan beliau untuk mempromosikan produk sejuk beku perapan beliau bagi memperkenalkan produk tersebut kepada orang ramai. Walaupun begitu, pendapatan perniagaannya tetap sama. Tambahan pula, beliau juga kurang mahir untuk mempromosikan produk beliau dimedia sosial selain faktor capaian internet yang kurang baik merupakan salah satu sebab beliau sukar untuk mempromosikan perniagaan bagi menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas dan latihan ICT di Pusat Internet Kampung Bayai Lama, beliau terpaksa pergi ke cyber café yang terletak di pekan Batu Kikir. Jarak pekan tersebut dari rumah beliau adalah sejauh 18 kilometer. Ditambah pula dengan ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam telah menyukarkan beliau untuk pergi ke pekan tersebut. Terdapat sebuah cyber café sahaja di pekan tersebut dan beliau juga terpaksa bersaing untuk menggunakan komputer yang disediakan bersama-sama pengguna yang lain kerana jumlah komputer yang disediakan adalah sangat terhad. Selain itu, suasana cyber café tersebut sangat bising serta diselubungi asap rokok dan amat tidak sesuai untuk belajar. Selain itu, petugas di cyber café tersebut juga tidak mesra untuk membantu permasalahan yang dihadapi oleh pengguna. Tambahan pula, cas perkhidmatan yang dikenakan juga sangat mahal dan keterlaluan. Hal ini amat menyukarkan beliau terutamanya untuk membuat kertas kerja dan mempromosikan produk beliau di media sosial. Beliau juga terpaksa menghadapi semua itu sebelum adanya Pusat Internet di Kampung Bayai Lama ini.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Dengan penubuhan Pusat Internet Kampung Bayai Lama, segalanya berubah. Selepas mendaftar sebagai ahli, beliau dapat menggunakan perkhidmatan internet secara percuma 1/2 jam sehari dan RM 1 pada jam-jam berikutnya telah memberikan sinar baru kepada beliau. Situasi ini tidak lagi membebankan beliau kerana cas perkhidmatan yang berpatutan dapat menjimatkan wang. Beliau juga telah menghadiri pelbagai kelas dan latihan ICT yang telah dijalankan di Pusat Internet ini. Banyak pengetahuan baru yang dapat beliau aplikasikan dalam kehidupan sehariannya terutamanya dalam beliau menjual dan memasarkan produk beliau. Beliau telah mempelajari Microsoft Office word, Power Point dan Excel. Selain itu, beliau juga telah diajar bagaimana ingin memuat turun (download) borang-borang bantuan atau kursus di jabatan kerajaan. Beliau juga telah diajar untuk menjual dan mempromosikaan perniagaan di media sosial dengan cara yang betul. Selain itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard di mana beliau dapat mengetahui pelbagai aplikasi dan mengaplikasikannya dengan cara yang betul. Situasi ini telah memudahkan beliau untuk membuat pengumuman penting selain menggunakan telefon bimbit. Situasi ini telah memudahkan beliau untuk membuat pengumuman penting di Mykomuniti dan mempromosikan produknya di Myshop dengan menggunakan aplikasi tersebut. Beliau juga telah melebar luaskan pasaran di platform E-dagang seperti di Shopee dan seumpamanya Selain itu, petugas di PI ini sangat membantu dan membimbing beliau semasa menerima latihan di PI. Kini, pendapatan beliau turut meninggkat dari RM300.00 hingga ke RM2000.00 sebulan. Semuanya berubah dengan adanya pengetahuan ICT kerana maklumat dapat diakses hanya dihujung jari.