mcmc
Kesihatan

Kesihatan

Untuk mengekalkan tahap kesihatan penduduk kampung, Biro Kesihatan, Kebersihan dan Kecerian telah bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Jempol untuk mengadakan Klinik Bergerak. Klinik bergerak ini akan diadakan pada setiap hari Selasa minggu pertama dan ketiga pada setiap bulan.

Klinik bergerak ini akan memberi pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung serta memberi ubat-ubat tertentu dengan kebenaran dan nasihat daripada doktor. Pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Bergerak ini dijalankan di Balairaya Kampung Bayai Lama.