PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT DI NADI Kampung Bayai Lama, Sabtu, 14 Mac 2026.
NADI Kampung Bayai Lama yang terletak di Jempol, telah melaksanakan program Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan kesedaran komuniti tentang penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.
Program ini telah mendapat sambutan yang baik dengan anggaran seramai 35 pengunjung yang hadir sepanjang program berlangsung. Program ini disertai oleh komuniti tempatan, bagi memastikan penyampaian mesej keselamatan internet lebih menyeluruh dan efektif.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
-Taklimat Kempen Internet Selamat kepada pengunjung mengenai kepentingan keselamatan digital dan penggunaan internet secara berhemah.
-Sesi Interaktif Keselamatan Internet bersama komuniti, yang memberi peluang kepada komuniti untuk bertanya dan berkongsi pengalaman berkaitan keselamatan dalam talian.
-Edaran Brochure Kempen Internet Selamat kepada pengunjung bagi meningkatkan kesedaran tentang amalan penggunaan internet yang selamat.
Program ini telah dikendalikan oleh Noor Afiqah binti Mohd Rais dan Nur Fatin Anisah binti Anis selaku petugas NADI Kampung Bayai Lama.








