Pada 6 Jun 2017 (Selasa) bersamaan 12 Ramadhan 1438H, Persatuan Belia Kampung Bayai bekerjasama bersama JKKK Kampung Bayai Lama, Masjid Kariah Kampung Bayai serta Pusat Internet 1Malaysia Kampung Bayai Lama telah mengadakan Kem Solat di Masjid Kariah Kampung Bayai Lama.
Sekitar program Kem Solat dijalankan
Kem Solat ini bertujuan untuk mengingatkan kembali tatacara solat serta memperbetulkan cara solat. Selain itu, program ini juga untuk mengisi cuti sekolah, dimana peserta program ini semuanya terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan juga murid tabika.
Antara peserta yang dapat menjawab kuiz kem solat
Kem solat ini telah dibimbing oleh Encik Mohd Fatah bin Abdullah (Imam 2 Masjid Kariah Kampung Bayai Lama).
Tn. Hj. Harun selaku Imam 1 memberi cenderamata kepada pembimbing kem solat