Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) telah menjalankan Program Ikatan Ukhwah bersama penduduk Kampung Bayai Lama dan Kampung Bayai Baru. Program ini telah berjalan dari 15 Mac 2019 hingga 17 Mac 2019 (Jumaat hingga Ahad). Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti tazkirah Maghrib, gotong-royong, sukaneka dan taklimat keusahawanan. Program ini telah dikendali oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bayai Lama bersama Masjid Kariah Kampung Bayai Lama serta Pusat Internet Kampung Bayai Lama.
{gallery}ANAKANGKAT{/gallery}