Sempena Hari Terbuka Masjid Kampung Bayai Lama, JKKK Kampung Bayai Lama beserta Masjid Kariah Kampung Bayai Lama telah mengadakan aktiviti gotong-royong yang bertemakan “1 Rumah, 1 Pasu” dan pada sebelah malamnya pula, Ceramah Kesihatan yang disampaikan oleh Dr. Norman. Semua penduduk Kampung Bayai Lama telah menyertai aktiviti dan sambutan sangat menggalakkan daripada mereka. Buktinya banyak pokok bunga serta pokok herba telah disumbangkan kepada Masjid Kariah Kampung Bayai Lama