mcmc
JKKK

Gotong-Royong Perdana

Pada 17 Februari 2019 (Ahad) , pihak Majlis Pengurusan Kecil Kampung (MPKK) Kampung Bayai Lama bersama Masjid Kariah Kampung Bayai Lama telah menjalankan Gotong-Royong Perdana untuk membersihkan Masjid Kampung Bayai Lama. Antara perkara yang telah dilakukan seperti membersihkan stor, tempat mengambil wudhuk serta tandas. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dari semua penduduk kampung.