mcmc
Persatuan Wanita

GOTONG-ROYONG MEMBUAT BUBUR ASYURA

10 Muharam 1439H adalah Hari Asyura. Para wanita Kampung Bayai Lama bergotong-ryong bersama-sama untuk menyediakan bubur asyura. Program ini telah diadakan pada 1 Oktober 2017 (Ahad) di Masjid Kariah Kampung Bayai Lama. Bubur Asyura ini akan diagihkan kepada semua penduduk Kampung Bayai Lama. Pembuatan bubur Asyura ini menggunakan bahan atau barangan yang dibawa oleh semua wanita dari rumah mereka. Bahan tersebut akan dicampurkan semuanya untuk menghasilkan bubur Asyura ini.

 

Bubur Asyura ini akan diagihkan sama banyak kepada semua penduduk Kampung Bayai Lama. JKKK Kampung Bayai Lama telah mengambil inisiatif untuk menyediakan bekas untuk pengagihan bubur tersebut.