mcmc
Persatuan Wanita

Demonstrasi Makanan Sihat

Pada hari Isnin bersamaan 29 Januari 2018, Persatuan Wanita Kampung Bayai dengan kerjasama pihak Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah mengadakan “Demonstrasi Makanan Sihat”. Program ini telah disertai oleh para wanita Kampung Bayai Lama dan Kampung Bayai Baru. Pelajar Tadika KEMAS Kampung Bayai juga turut serta dalam program ini. Program ini telah diadakan di Balairaya Kampung Bayai Lama.

Peserta dapat mempraktikan masakan secara sihat ini dirumah. Pihak KEMAS telah menunjukkan cara memasak secara sihat serta idea-idea untuk mengolah masakan supaya lazat serta sihat.