mcmc
Makanan

DAGING SALAI

Makanan yang sangat popular di Negeri Sembilan ialah daging salai. Daging salai ialah kaedah menyediakan daging yang diamalkan sejak zaman prasejarah. Tujuannya ialah untuk mengawet makanan kaya protein ini yang boleh cepat rosak untuk masa yang lama. Di Negeri Sembilan, daging salai ini akan dimasak gulai yang dicampur dengan santan, cili api dan kunyit. Lazimnya, daging salai gulai ini akan dicampur dengan terung, belimbing, pucuk ubi dan sebagainya untuk menambahkan lagi rasa.