mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Puan Rozila binti Mahadi

Celik IT – Email, Menaip, Online Banking

Nama    : Puan Rozila binti Mahadi

Umur    : 35 tahun

Ahli       : 2016

 

Latar belakang

Puan Rozila Binti Mahadi merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak dan suri rumah sepenuh masa. Sebelum ini, beliau hanya menjahit baju wanita secara kecil-kecilan dan di atas permintaan penduduk kampungnya sahaja. Kini, beliau telah melebarkan sayap perniagaannya dengan menjual biskut terutamanya pada musim perayaan. Oleh hal yang demikian, beliau perlu mencari pasaran bagi mengekalkan dan meningkatkan perniagaannya. Di dalam arus globalisasi yang kian mencabar kini, pelbagai maklumat tambahan perlu dicari bagi menambah ilmu pengetahuan bagi mengisi dan mencari pelbagai maklumat terutamanya dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan pentadbiran. Justeru itu, pengetahuan ICT sangat perlu dalam mencari maklumat supaya maklumat yang dicari tersebut bukan dari sumber yang diragukan kesahihannya.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum adanya Pusat Internet Kampung Bayai Lama, beliau terpaksa pergi ke cyber café yang terletak di pekan Batu Kikir. Jarak pekan tersebut dari rumah beliau adalah sejauh 18 kilometer. Ditambah pula dengan ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam telah menyukarkan beliau untuk pergi ke pekan tersebut. Terdapat dua buah cyber café sahaja di pekan tersebut dan beliau juga terpaksa bersaing untuk menggunakan komputer yang disediakan bersama-sama pengguna yang lain kerana jumlah komputer yang disediakan adalah sangat terhad. Selain itu, suasana cyber café tersebut sangat bising dan disulubungi asap rokok dan amat tidak sesuai untuk pelajar untuk belajar. Selain itu, petugas di cyber café tersebut juga tidak mesra untuk membantu permasalahan yang dihadapi oleh pengguna. Tambahan pula, cas perkhidmatan yang dikenakan juga sangat mahal dan keterlaluan. Hal ini amat menyukarkan beliau terutamanya untuk membuat tugasan pengurusan persatuannya. Beliau terpaksa menghadapi semua itu sebelum adanya Pusat Internet di Kampung Bayai Lama ini.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Dengan penubuhan Pusat Internet Kampung Bayai Lama, segalanya berubah. Selepas mendaftar sebagai ahli, beliau dapat menggunakan perkhidmatan internet secara percuma 1/2 jam sehari dan RM 1 pada jam-jam berikutnya telah memberikan sinar baru kepada beliau. Situasi ini tidak lagi membebankan beliau kerana cas perkhidmatan yang berpatutan dapat menjimatkan wang. Beliau juga telah menghadiri pelbagai kelas dan latihan ICT yang telah dijalankan di Pusat Internet ini. Banyak pengetahuan baru yang dapat beliau aplikasikan dalam kehidupan sehariannya terutamanya di dalam membuat kertas kerja. Beliau telah mempelajari Microsoft Office word, Power Point, Excel, membuat email dan sebagainya. Selain itu, beliau juga telah diajar bagaimana ingin memuat turun (download) maklumat-maklumat yang diperlukan. Beliau juga turut diajar untuk menjual dan mempromosikaan perniagaan di media sosial dengan cara yang betul. Selain itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard di mana beliau dapat mengetahui pelbagai aplikasi dan mengaplikasikannya dengan cara yang betul. Situasi ini telah memudahkan beliau untuk membuat pengumuman penting disebabkan rumah beliau tidak mempunyai capaian rangkaian telefon bimbit. Selain itu, petugas di Pusat Internet ini sangat membantu dan membimbing beliau semasa menerima latihan di PI. Semuanya berubah dengan adanya pengetahuan ICT kerana maklumat dapat diakses hanya dihujung jari.