mcmc
JKKK

Pada hari Ahad bersamaan 24 September 2017, JKKK Kampung Bayai Lama serta penduduk kampung telah bergotong-royong membersihkan Balai Raya Kampung Bayai Lama. Aktiviti ini telah dijalankan pada pukul 4.30 petang sehingga 6.30 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

Persatuan Wanita

10 Muharam 1439H adalah Hari Asyura. Para wanita Kampung Bayai Lama bergotong-ryong bersama-sama untuk menyediakan bubur asyura. Program ini telah diadakan pada 1 Oktober 2017 (Ahad) di Masjid Kariah Kampung Bayai Lama. Bubur Asyura ini akan diagihkan kepada semua penduduk […]

Persatuan Wanita

Kumpulan berzanji wanita Kampung Bayai Lama telah memeriahkan beberapa majlis berandoi dan aqiqah di Kampung Bayai Lama. Kumpulan ini dianggotai oleh wanita-wanita Kampung Bayai Lama. Pada setiap hari Khamis petang juga akan diadakan latihan untuk meningkatkan lagi mutu aktiviti berzanji […]

JKKK

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) iaitu Program Moh Ngeteh Merdeka telah disambut baik oleh JKKK Kampung Bayai Lama. Program ini telah dijalankan serentak di seluruh Malaysia pada 11 September 2017 (Isnin) bermula pukul 10.00 […]

JKKK

Seperti tahun-tahun sebelumya, JKKK Kampung Bayai Lama telah mengadakan Program Ziarah Aidilfitri. Untuk tahun ini, program tersebut telah mengambil masa selama enam malam berturut-turut untuk mengunjungi semua rumah di Kampung Bayai Lama. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tuan […]

Persatuan Belia

Pada 6 Jun 2017 (Selasa) bersamaan 12 Ramadhan 1438H, Persatuan Belia Kampung Bayai bekerjasama bersama JKKK Kampung Bayai Lama, Masjid Kariah Kampung Bayai serta Pusat Internet 1Malaysia Kampung Bayai Lama telah mengadakan Kem Solat di Masjid Kariah Kampung Bayai Lama. […]

JKKK

Sempena Program Anak Angkat Jalinan Kasih pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3, JKKK Kampung Bayai Lama telah mengadakan aktiviti belajar menoreh getah. Aktiviti ini membolehkan pelajar merasai sendiri pengalaman menoreh getah. Aktiviti ini telah dijalankan pada 20 Mei […]

Persatuan Wanita

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelma tidak lama lagi, Persatuan Wanita Kampung Bayai Lama bersama JKKK Kampung Bayai Lama telah membuat program “Melomang” bersama-sama dengan penduduk Kampung Bayai Lama. Aktiviti ini turut disertai oleh anak-anak angkat pelajar dari UITM […]

JKKK

Dewan Terbuka Kampung Bayai Lama telah dirasmikan seperti ketetapan yang berikut:- Tarikh: 14 Mei 2017 (Ahad) Masa: 3.00 petang Dirasmikan oleh: Tan Sri Hj Mohd Isa (Ahli Parlimen Jempol) Dewan Terbuka Kampung Bayai Lama sebagai salah satu kemudahan untuk penduduk […]

Persatuan Belia

Pada 29 April 2017 bersamaan hari Sabtu telah berlangsungnya Pertandingan Futsal Tertutup anjuran Persatuan Belia 4B Kampung Bayai Lama bersama JKKK Kampung Bayai Lama. Pertandingan ini telah diadakan di Gelanggang Futsal Kampung Bayai Lama. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Pemuda […]

1 7 8 9 10