Kumpulan berzanji Mawaddah Kampung Bayai Lama telah menerima undangan Majlis Berandoi di kediaman No 10, Kampung Bayai Lama pada 25 November 2017 yang lepas. Kumpulan berzanji Mawaddah yang dianggotai oleh para wanita Kampung Bayai Lama cantik mengenakan baju sedondon merah […]
6 December 2017
JKKK
Sempena Hari Terbuka Masjid Kampung Bayai Lama, JKKK Kampung Bayai Lama beserta Masjid Kariah Kampung Bayai Lama telah mengadakan aktiviti gotong-royong yang bertemakan “1 Rumah, 1 Pasu” dan pada sebelah malamnya pula, Ceramah Kesihatan yang disampaikan oleh Dr. Norman. Semua […]
17 November 2017
Maklumat Am
Dimaklumkan bahawa Karnival Kerjaya, Kemahiran & Produk Inovasi OKU 2017 anjuran Kementerian Sumber Manusia akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:- Tarikh: 24 November 2017 (Jumaat) Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang Tempat: Grand Ballroom, Aras 2, Hotel Aloft Kuala Lumpur […]
4 October 2017
JKKK
Pada hari Ahad bersamaan 24 September 2017, JKKK Kampung Bayai Lama serta penduduk kampung telah bergotong-royong membersihkan Balai Raya Kampung Bayai Lama. Aktiviti ini telah dijalankan pada pukul 4.30 petang sehingga 6.30 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.
2 October 2017
Persatuan Wanita
10 Muharam 1439H adalah Hari Asyura. Para wanita Kampung Bayai Lama bergotong-ryong bersama-sama untuk menyediakan bubur asyura. Program ini telah diadakan pada 1 Oktober 2017 (Ahad) di Masjid Kariah Kampung Bayai Lama. Bubur Asyura ini akan diagihkan kepada semua penduduk […]
18 September 2017
Persatuan Wanita
Kumpulan berzanji wanita Kampung Bayai Lama telah memeriahkan beberapa majlis berandoi dan aqiqah di Kampung Bayai Lama. Kumpulan ini dianggotai oleh wanita-wanita Kampung Bayai Lama. Pada setiap hari Khamis petang juga akan diadakan latihan untuk meningkatkan lagi mutu aktiviti berzanji […]
15 September 2017
JKKK
Program yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) iaitu Program Moh Ngeteh Merdeka telah disambut baik oleh JKKK Kampung Bayai Lama. Program ini telah dijalankan serentak di seluruh Malaysia pada 11 September 2017 (Isnin) bermula pukul 10.00 […]
11 August 2017
JKKK
Seperti tahun-tahun sebelumya, JKKK Kampung Bayai Lama telah mengadakan Program Ziarah Aidilfitri. Untuk tahun ini, program tersebut telah mengambil masa selama enam malam berturut-turut untuk mengunjungi semua rumah di Kampung Bayai Lama. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tuan […]
12 June 2017
Persatuan Belia
Pada 6 Jun 2017 (Selasa) bersamaan 12 Ramadhan 1438H, Persatuan Belia Kampung Bayai bekerjasama bersama JKKK Kampung Bayai Lama, Masjid Kariah Kampung Bayai serta Pusat Internet 1Malaysia Kampung Bayai Lama telah mengadakan Kem Solat di Masjid Kariah Kampung Bayai Lama. […]
6 June 2017
JKKK
Sempena Program Anak Angkat Jalinan Kasih pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3, JKKK Kampung Bayai Lama telah mengadakan aktiviti belajar menoreh getah. Aktiviti ini membolehkan pelajar merasai sendiri pengalaman menoreh getah. Aktiviti ini telah dijalankan pada 20 Mei […]
