mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

BUKIT BESAR BAYAI

“Dunia ini tercipta untuk kita terokai, Dunia ini tercipta untuk kita saling berkongsi, Hayati keindahan dunia, Kerana dunia ini tercipta untuk kita nikmati, Apabila tiba masanya kau melihat dunia, terokailah dengan hati yang terbuka, Terokailah..Kerana dunia ini dicipta untuk kita terokai”

Berita baik kepada “kaki panjat”. Terdapat satu lagi tempat baru untuk diterokai di Daerah Jempol ini. Tempat ini bernama Bukit Besar Bayai yang terletak di Kampung Bayai. Pendaki perlu melalui Kampung Bayai Lama, Kampung Bayai Baru & Ulu Bayai sebelum sampai ke bukit ini. Bukit ini telah dibuka 
kepada orang ramai pada tahun lepas tetapi perlulah berurusan dengan En. Noramin Bin Zakaria Bayai Hok Hok My kerana bagi memastikan keselamatan semasa pendakian. Hal ini kerana lokasi bukit ini berhampiran dengan hutan tebal. Selain itu, pendaki juga berpeluang melihat tapak kaki gergasi yang pastinya membuatkan anda teruja. Pendaki juga akan disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik terutamanya pada waktu pagi serta melihat hamparan awan carpet yang menyelimuti bukit bukau. Selain itu, pendaki juga boleh melihat banyak kampung yang terdapat di kaki bukit seperti Kampung Bayai Lama, Kampung Bayai Baru & Kampung Terentang. Selamat menerokai daripada kami Pusat Internet Kampung Bayai Lama.

Kredit gambar : Mohammad Fauzi & Noramin