mcmc
JKKK

Belajar Menoreh Getah

Sempena Program Anak Angkat Jalinan Kasih pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3, JKKK Kampung Bayai Lama telah mengadakan aktiviti belajar menoreh getah. Aktiviti ini membolehkan pelajar merasai sendiri pengalaman menoreh getah. Aktiviti ini telah dijalankan pada 20 Mei 2017 (Sabtu) di salah satu kebun getah di Kampung Bayai Lama.

 

Pengerusi JKKK Kampung Bayai Lama, Tuan Hj. Ali sedang menerangkan cara-cara untuk menoreh getah

 

Antara pelajar UiTM Seremban 3 yang mencuba untuk menoreh pokok getah