MENAIP, CARIAN DI GOOGLE, INTERNET, EMAIL
Nama : Puan Raidah binti Ahmad Umur : 45 tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Puan Raidah Binti Ahmad merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan di dalam bidang pertanian. Beliau giat mengusahakan tanah terbiar peninggalan arwah ibu mertuanya. Beliau kini berumur 45 tahun dan sudah berkahwin serta mempunyai 5 orang anak. Suami beliau juga terlibat didalam bidang pertanian ini. Beliau menanam sayur-sayuran seperti bayam, sawi, kangkung, timun dan kacang panjang. Selain itu beliau juga turut menternak ikan air tawar di sebuah kolam berhampiran dengan rumah beliau. Antara ikan yang diternak ialah jenis tilapia dan patin. Di dalam arus ekonomi yang kian mencabar kini, pelbagai maklumat tambahan perlu dicari bagi meningkatkan mutu tanamannya. Selain itu, beliau juga banyak membuat kertas kerja dan mengisi borang secara online bagi memohon bantuan terutamanya kepada Jabatan Pertanian Malaysia. Justeru itu, pengetahuan ICT sangat perlu bagi memudahkan beliau berurusan dengan jabatan kerajaan.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum menghadiri kelas dan latihan ICT di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Bayai Lama, beliau terpaksa ke cyber cafe yang terletak di pekan Batu Kikir yang jaraknya adalah sejauh 18 kilometer daripada kediaman beliau. Ditambah pula dengan ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam telah menyukarkan beliau untuk ke pekan tersebut. Selain itu, di pekan tersebut cuma terdapat dua cyber cafe dan beliau terpaksa bersaing dan berebut untuk menggunakan komputer. Disamping itu, cas perkhidmatan yang dikenakan juga agak tinggi. Hal ini amat menyukarkan beliau untuk menghasilkan kertas kerja perniagaan. Ditambah juga dengan kemahiran komputer beliau yang tidak mahir merumitkan lagi kerja beliau.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Dengan penubuhan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Bayai Lama, segalanya berubah. Selepas mendaftar sebagai ahli, beliau dapat menggunakan perkhidmatan internet secara percuma 1/2 jam sehari dan RM 1 pada jam-jam berikutnya telah memberikan sinar baru kepada beliau. Situasi ini tidak lagi membebankan beliau kerana cas perkhidmatan yang berpatutan dapat menjimatkan wang. Beliau juga telah menghadiri pelbagai kelas dan latihan ICT yang telah dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia ini. Banyak pengetahuan baru yang dapat beliau aplikasikan dalam kehidupan sehariannya terutamanya dalam beliau menyiapkan kertas kerja dan bantuan daripada Jabatan Pertanian. Beliau telah mempelajari Microsoft Office word, Power Point dan Excel. Selain itu, beliau juga telah diajar bagaimana ingin memuat turun (download) borang-borang yang diperlukan. Beliau juga telah diajar untuk menjual dan mempromosikaan perniagaan di media sosial dengan cara yang betul. Selain itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard di mana beliau dapat mengetahui pelbagai aplikasi dan mengaplikasikannya dengan cara yang betul. Situasi ini telah memudahkan beliau untuk membuat pengumuman penting selain menggunakan telefon bimbit. Selain itu, petugas di PI1M ini sangat membantu dan membimbing beliau semasa menerima latihan di PI1M. Semuanya berubah dengan adanya pengetahuan ICT kerana maklumat dapat diakses hanya dihujung jari.