Celik IT
Nama : Nooratikah binti Razulan Umur : 31 tahun Ahli : 2016 |
Latarbelakang
Nooratikah Binti Razulan merupakan anak ketiga daripada 4 orang adik-beradik. Beliau merupakan pelajar lepasan ijazah sarjana muda dari UiTM. Pandemik Covid19 telah menyukarkan beliau untuk mendapatkan pekerjaan. Hal ini adalah kerana, capaian internet di kampung ini sangat lemah. Situasi ini telah menyebabkan beliau sukar untuk menghadiritemuduga online. Ditambah lagi dengan keadaan beliau yang ingin mencuba menjalankanperniagaan makanan secara online bagi menambah pendapatan dan berjinak-jinak di dalamdunia perniagaan. Di dalam arus era globalisasi yang kian mencabar ini, pelbagai maklumattambahan perlu dicari bagi menambah ilmu pengetahuan bagi mengisi dan mencari pelbagaimaklumatterutamanyadalamhal-halyangberkaitandenganpendidikan.Justeruitu,pengetahuan ICT sangat perlu supaya maklumat yang dicari itu bukan daripada sumber yangdiragukankesahihannya.
SebelumpenggunaanICT/penglibatanPEDi
Sebelum adanya NaDi Kampung Bayai Lama,beliau terpaksa pergi ke cyber café yang terletak di Pekan Batu Kikir. Jarak pekan tersebut dari rumah beliau adalah sejauh 18km.Ditambah pula dengan ketiadaan pengangkutan awam telah menyukarkan beliau untuk pergi ke pekan tersebut. Terdapat dua buah cyber café sahaja di pekan tersebut dan beliau terpaksa bersaing untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan kerana jumlah komputer di sana adalah terhad. Selain itu, suasana cyber café tersebut sangat bising dan diselubungi asap rokok amat tidak sesuai untuk belajar. Tambahan pula petugas cyber café yang kurang mesra untuk membantu permasalahan yang dihadapi oleh beliau.Caj perkhidmatan yang dikenakan juga sangat mahal dan keterlaluan. Hal ini amat menyukarkan beliau membuat tugasan sebelum adanya NaDi.
SelepaspenggunaanICT/penglibatanPEDi
Dengan penubuhaNaDi Kampung Bayai Lama,segalanyaberubah.Selepas mendaftar sebagai ahli, beliau dapat menggunakan perkhidmatan internet secara percuma1/2 jam sehari danRM1 pada jam-jam seterusnya telah memberikan sinar baru kepada beliau.Situasi ini tidak membebebankan kerana caj yang berpatutan dan menjimatkan wang. Beliau kini telah menyertai pelbagai kelas ICT dan keusahawanan yang telah dijalankan di NaDi secara percuma.Banyak pengetahuan baru yang beliau dapat aplikasikan didalam kehidupan sehariannya terutamanya dalam bantuan perniagaan dan kursus keusahawanan. Beliau telah mempelajari “Microsoft Office Word, Power Point, Excel, membuat email dan sebagainya. Selain itu,beliau juga diajar untuk memuat turun (download) maklumat-maklumat yang diperlukan. Beliau juga turut diajar untuk menjual dan mempromosikan perniagaan dimedia sosial dengan cara yang betul. Beliau juga turut diajar asas-asas keusahawanan seperti memuat naik produk di platform Myshop di Dashboard Komuniti dan shopee. Hal ini dapat beliau aplikasikan pada masa yang akan datang. Selain itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard Komuniti dimana beliau dapat menghebahkan dan menerima maklumat serta dapat memantau kesihatan diri juga. Para petugas di NaDi juga sangat membantu dan sentiasa membimbing beliau semasa menjalani kelas latihan di NaDi. Semuanya berubah dengan adanya NaDi kerana peranannya memudahkan komuniti setempat.