mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Nurul Hidayah

Celik IT

Nama    : Nurul Hidayah binti Azhar

Umur    : 22 tahun

Ahli       : 2018

 

Latar belakang

Nurul Hidayah Binti Azhar merupakan seorang pelajar lepasan STPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (Model Khas). Beliau anak keempat daripada lima orang adik beradik. Penularan penyakit berjangkit iaitu Covid-19 telah menyukarkan beliau untuk mencari maklumat mengenai hala tuju selepas STPM. Hal ini kerana capaian internet di kampung ini sangat lemah. Beliau juga sukar untuk menghadiri kelas online yang dianjurkan oleh kaunselor sekolah kerana masalah internet. Beliau juga perlu mengisi SPA untuk memohon kerja di sektor kerajaan . Di dalam arus globalisasi yang kian mencabar kini, pelbagai maklumat tambahan perlu dicari bagi menambah ilmu pengetahuan bagi mengisi dan mencari pelbagai maklumat terutamanya dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan dan pekerjaan. Justeru itu, pengetahuan ICT sangat perlu supaya maklumat yang dicari tersebut bukan dari sumber yang diragukan kesahihannya. 

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum adanya Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Kampung Bayai Lama, beliau terpaksa pergi ke cyber café yang terletak di pekan Batu Kikir. Jarak pekan tersebut dari rumah beliau adalah sejauh 18 kilometer. Ditambah pula dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) disebabkan oleh penularan virus covid-19 telah menghadkan pergerakan  bagi membendung penularan dan ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam telah menyukarkan beliau untuk pergi ke pekan tersebut. Terdapat dua buah cyber café sahaja di pekan tersebut dan beliau juga terpaksa bersaing untuk menggunakan komputer yang disediakan bersama-sama pengguna yang lain kerana jumlah komputer yang disediakan adalah sangat terhad. Selain itu, suasana cyber café tersebut sangat bising dan disulubungi asap rokok dan amat tidak sesuai bagi beliau untuk belajar. Selain itu, petugas di cyber café tersebut juga tidak mesra untuk membantu permasalahan yang dihadapi oleh pengguna. Tambahan pula, cas perkhidmatan yang dikenakan juga sangat mahal dan keterlaluan. Hal ini amat menyukarkan beliau terutamanya untuk membuat tugasan pengurusan persatuannya. Beliau terpaksa menghadapi semua itu sebelum adanya PusatEkonomi Digital Keluarga (PEDi) di Kampung Bayai Lama ini.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Dengan penubuhan Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Kampung Bayai Lama, segalanya berubah. Selepas mendaftar sebagai ahli, beliau dapat menggunakan perkhidmatan internet secara percuma ½  jam sehari dan RM 1 pada jam-jam berikutnya telah memberikan sinar baru kepada beliau. Situasi ini tidak lagi membebankan beliau kerana cas perkhidmatan yang berpatutan dapat menjimatkan wang. Beliau juga telah menghadiri pelbagai kelas dan latihan ICT yang telah dijalankan di PEDi ini. Banyak pengetahuan baru yang dapat beliau aplikasikan dalam kehidupan sehariannya terutamanya di dalam membuat tugasan akhirnya. Beliau telah mempelajari Microsoft Office word, Power Point, Excel, membuat email dan sebagainya. Selain itu, beliau juga telah diajar bagaimana ingin memuat turun (download) maklumat-maklumat yang diperlukan. Beliau juga turut diajar untuk menjual dan mempromosikaan perniagaan di media sosial dengan cara yang betul. Situasi ini dapat menjana pendapatan dan meringankan beban keluarga beliau. Selain itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard di mana beliau dapat mengetahui pelbagai aplikasi dan mengaplikasikannya dengan cara yang betul. Beliau turut diajar asas-asas keusahawan seperti memuat naik produk di platform Myshop di Dashboard dan Shoppe.  Situasi ini telah memudahkan beliau untuk membuat pengumuman penting disebabkan rumah beliau tidak mempunyai capaian rangkaian telefon bimbit. Selain itu, petugas di PEDi ini sangat membantu dan membimbing beliau semasa menerima latihan di PEDi. Semuanya berubah dengan adanya pengetahuan ICT kerana maklumat dapat diakses hanya dihujung jari.