Celik IT
Nama : Muhammad Umar Jibril Bin Mohd Fatah Umur : 10 tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Muhammad Umar Jibril Bin Mohd Fatah merupakan seorang pelajar Tahun 4 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Serting Ulu. Beliau anak pertama daripada empat orang adik beradik. Penularan penyakit berjangkit iaitu Covid-19 telah menyukarkan beliau untuk belajar. Hal ini kerana capaian internet di kampung ini sangat lemah. Beliau juga sukar untuk menghadiri kelas online kerana tiada telefon bimbit sendiri dan komputer di rumah. Beliau terpaksa berkongsi telefon bimbit dengan ibu dan bapanya dalam menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh gurunya. Ditambah pula dengan beliau kurang mahir kemahiran ICT. Di dalam arus globalisasi yang kian mencabar kini, pelbagai maklumat tambahan perlu dicari bagi menambah ilmu pengetahuan bagi mengisi dan mencari pelbagai maklumat terutamanya dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. Justeru itu, pengetahuan ICT sangat perlu dalam mencari maklumat supaya maklumat yang dicari tersebut bukan dari sumber yang diragukan kesahihannya.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum adanya Pusat Internet Komuniti Kampung Bayai Lama, beliau terpaksa pergi ke cyber café yang terletak di pekan Batu Kikir. Jarak pekan tersebut dari rumah beliau adalah sejauh 18 kilometer. Ditambah pula dengan ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam telah menyukarkan beliau untuk pergi ke pekan tersebut. Terdapat dua buah cyber café sahaja di pekan tersebut dan beliau juga terpaksa bersaing untuk menggunakan komputer yang disediakan bersama-sama pengguna yang lain kerana jumlah komputer yang disediakan adalah sangat terhad. Selain itu, suasana cyber café tersebut sangat bising dan disulubungi asap rokok dan amat tidak sesuai bagi beliau untuk belajar. Selain itu, petugas di cyber café tersebut juga tidak mesra untuk membantu permasalahan yang dihadapi oleh pengguna. Tambahan pula, cas perkhidmatan yang dikenakan juga sangat mahal dan keterlaluan. Hal ini amat menyukarkan beliau terutamanya untuk membuat tugasan pengurusan persatuannya. Beliau terpaksa menghadapi semua itu sebelum adanya Pusat Internet Komuniti di Kampung Bayai Lama ini.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Dengan penubuhan Pusat Internet Komuniti Kampung Bayai Lama, segalanya berubah. Selepas mendaftar sebagai ahli, beliau dapat menggunakan perkhidmatan internet secara percuma 1 jam sehari dan RM 1 pada jam-jam berikutnya telah memberikan sinar baru kepada beliau. Situasi ini tidak lagi membebankan beliau kerana cas perkhidmatan yang berpatutan dapat menjimatkan wang. Beliau juga telah menghadiri pelbagai kelas dan latihan ICT yang telah dijalankan di PIK ini. Banyak pengetahuan baru yang dapat beliau aplikasikan dalam kehidupan sehariannya terutamanya di dalam membuat kerja sekolahnya. Beliau telah mempelajari Microsoft Office word, Power Point, Excel, membuat email dan sebagainya. Selain itu, beliau juga telah diajar bagaimana ingin memuat turun (download) maklumat-maklumat yang diperlukan. Beliau juga turut diajar untuk menjual dan mempromosikaan perniagaan di media sosial dengan cara yang betul. Situasi ini dapat menjana pendapatan dan meringankan beban keluarga beliau. Selain itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard di mana beliau dapat mengetahui pelbagai aplikasi dan mengaplikasikannya dengan cara yang betul. Beliau juga turut diajar asas-asas keusahawan seperti memuat naik produk di platform Myshop di Dashboard dan Shoppe. Situasi ini telah memudahkan beliau untuk membuat pengumuman penting disebabkan rumah beliau tidak mempunyai capaian rangkaian telefon bimbit. Selain itu, petugas di Pusat Internet Komuniti ini sangat membantu dan membimbing beliau semasa menerima latihan di PIK. Semuanya berubah dengan adanya pengetahuan ICT kerana maklumat dapat diakses hanya dihujung jari.