mcmc
Maklumat Pi1M

SOP Pusat Internet Sepanjang PKPP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

 

Pusat Internet Kampung Bayai Lama kembali beroperasi dan terhad pada 10 orang pengunjung dalam satu tempoh masa. Kehadiran pengunjung ke PI berdasarkan temu janji akan diutamakan.

Berikut adalah SOP yang perlu dipatuhi ketika mengunjungi Pusat Internet :

1. Sila buat temujanji sehari sebelum dengan petugas PI melalui Whatsapp atau panggilan telefon.

2. Diutamakan kepada urusan penting atau mustahak sahaja.

3. Hanya 10 orang sahaja dibenarkan masuk menggunakan perkhidmatan Pusat Internet dalam satu tempoh masa.

4. Elakkan membawa bayi / kanak-kanak / warga emas / golongan yang berisiko.

5. Pengguna yang tidak sihat atau bergejala (batuk/selsema/suhu badan melebihi 37.2°C) tidak dibenarkan memasuki Pusat Internet.

6. Pengguna digalakkan memakai facemask sebelum memasuki Pusat Internet.

7. Pengguna perlu menulis maklumat di dalam buku log yang disediakan sebelum menggunakan perkhidmatan PI.

8. Penggunaan komputer hanya boleh digunakan terhad kepada 1 jam sahaja.

9. Sila gunakan Hand Sanitizer yang disediakan sebelum menggunakan perkhidmatan Pusat Internet.

10. SOP ini berkuatkuasa sepanjang tempoh PKPP.

Sekian, terima kasih.

 

Sebarang urusan, sila hubungi
Pengurus : 019-6837587
Pen. Pengurus : 011-12033191

 

#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
#newnorm
#socialdistancing