Usahawan Perniagaan Cili Fertigasi
Nama : Encik Mohmad Radzi bin Husain Umur : 39 tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Encik Mohmad Radzi Bin Husain merupakan seorang penoreh getah. Beliau kini berumur 39 tahun dan sudah berkahwin serta mempunyai tiga orang anak. Isteri beliau merupakan seorang suri rumah tangga. Kini, beliau merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan di dalam bidang pertanian. Produk utama pertanian yang beliau usahakan adalah penanaman cili fertigasi. Beliau giat mengusahakan tanaman cili tersebut di halaman rumahnya sendiri. Di dalam arus ekonomi yang kian mencabar ini, pelbagai maklumat tambahan perlu dicari bagi meningkatkan pendapatannya. Selain itu, beliau juga banyak membuat kertas kerja dan mengisi borang secara online bagi memohon bantuan untuk tanamannya terutamanya kepada Jabatan Pertanian Malaysia dan FAMA. Justeru itu, pengetahuan ICT sangat perlu bagi memudahkan beliau berurusan dengan jabatan kerajaan.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum menghadiri kelas dan latihan ICT di Pusat Internet Kampung Bayai Lama, beliau terpaksa pergi ke cyber café yang terletak di pekan Batu Kikir. Jarak pekan tersebut dari rumah beliau adalah sejauh 18 kilometer. Ditambah pula dengan ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam telah menyukarkan beliau untuk pergi ke pekan tersebut. Terdapat dua buah cyber café sahaja di pekan tersebut dan beliau juga terpaksa bersaing untuk menggunakan komputer yang disediakan bersama-sama pengguna yang lain kerana jumlah komputer yang disediakan adalah terhad. Selain itu, suasana cyber café tersebut sangat bising dan diselubungi asap rokok dan amat tidak sesuai untuk belajar. Selain itu, petugas di cyber café tersebut juga tidak mesra untuk membantu permasalahan yang dihadapi oleh pengguna. Tambahan pula, cas perkhidmatan yang dikenakan juga sangat mahal dan keterlaluan. Hal ini amat menyukarkan beliau terutamanya untuk membuat kertas kerja. Beliau juga terpaksa menghadapi semua itu sebelum adanya Pusat Internet di Kampung Bayai Lama ini.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Dengan penubuhan Pusat Internet Kampung Bayai Lama, segalanya berubah. Selepas mendaftar sebagai ahli, beliau dapat menggunakan perkhidmatan internet secara percuma 1/2 jam sehari dan RM 1 pada jam-jam berikutnya telah memberikan sinar baru kepada beliau. Situasi ini tidak lagi membebankan beliau kerana cas perkhidmatan yang berpatutan dapat menjimatkan wang. Beliau juga telah menghadiri pelbagai kelas dan latihan ICT yang telah dijalankan di Pusat Internet ini. Banyak pengetahuan baru yang dapat beliau aplikasikan dalam kehidupan sehariannya terutamanya dalam beliau menyiapkan kertas kerja dan bantuan daripada Jabatan Pertanian. Beliau telah mempelajari Microsoft Office word, Power Point dan Excel. Selain itu, beliau juga telah diajar bagaimana ingin memuat turun (download) borang-borang yang diperlukan. Beliau juga telah diajar untuk menjual dan mempromosikaan perniagaan di media sosial dengan cara yang betul. Selain itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard di mana beliau dapat mengetahui pelbagai aplikasi dan mengaplikasikannya dengan cara yang betul. Situasi ini telah memudahkan beliau untuk membuat pengumuman penting selain menggunakan telefon bimbit. Selain itu, petugas di PI ini sangat membantu dan membimbing beliau semasa menerima latihan di PI. Kini, pendapatan beliau turut meninggkat dari RM 500.00 hingga ke RM 3000.00 sebulan. Semuanya berubah dengan adanya pengetahuan ICT kerana maklumat dapat diakses hanya dihujung jari.